Simpan Lebih Daripada 25,000 Senarai Hubungan Pada GMail

Simpan Lebih Daripada 25,000 Senarai Hubungan Pada GMail

Diterbitkan pada Mei 5, 2011 oleh .

Selain daripada sentiasa menaik-taraf ruangan storan yang ditawarkan oleh GMail, kini Google turut sama menaik-taraf bilangan senarai nama dan hubungan yang boleh disimpan pada ruangan My Contacts di GMail, dimana ianya kini telah dinaik-taraf daripada 10,000 orang kepada 25,000 orang.

Kemaskini ini juga turut sama diperkenalkan kepada para pengguna Google Apps. Dan selain daripada itu, saiz untuk setiap individu yang disimpan juga telah dipertingkatkan daripada 32KB kepada 128KB, membolehkan anda menyimpan lebih banyak informasi berkenaan seseorang itu dengan lebih mudah.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui peratusan pengguna GMail yang menggunakan senarai hubungan yang sebegitu ramai, dan data tersebut tidak dikeluarkan oleh Google.


TIPS & ULASAN