Cari @ Amanz

Intel Akan Membangunkan Cip Generasi Akan Datang Dengan Struktur 3D

Oleh Aman

Link Copied!

Intel hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membangunkan cip generasi akan datang, yang mana akan membawakan struktur 3D padanya, sekaligus akan membolehkan lebih banyak kuasa dijana olehnya, pada kadar penggunaan tenaga yang lebih kurang berbanding sebelum-sebelum ini.

Intel juga mengumumkan yang mana, dengan struktur baru ini juga akan membolehkan para pembangun peranti membangunkan peranti yang lebih kecil dan nipis lagi, sekaligus memperlihatkan yang mana lebih banyak peranti bersaiz kecil, samaada telefon pintar mahupun tablet akan mengguna-pakai cip mereka yang baru ini.

Buat masa ini, Intel memanggil teknologi baru ini dengan nama Tri-Gate, yang mana diperkatakan membawakan sebuah generasi dan inovasi baru dalam mikroprocessor. Dengan teknologi baru ini, ianya diperkatakan membolehkan penggunaan tenaga dikurangkan kepada lebih daripada 50%, selain mana membawakan prestasi lebih 37% berbanding sebelumnya.

Ianya juga kelak akan menggunakan tenaga yang amat rendah, sekaligus membolehkan sesuatu peranti yang menggunakannya bertahan lebih lama daripada sepatutnya. Buat masa ini, peranti pertama yang menggunakannya tidak pasti lagi akan diperkenalkan bila.


Komen ()