Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, hari ini Celcom telah pun melancarkan pelan individu untuk iPhone 4 yang ditawarkan mereka. Secara kasarnya, tiada sebarang perubahan drastik padanya, namun begitu, pengumuman pelan iPhone 4 ini diperkenalkan bersama-sama dengan iPhone 4 Putih yang mana para pengguna boleh mendapatkannya melalui Celcom.

Pelan yang ditawarkan oleh Celcom tidak membawakan sebarang perbezaan drastik, dan menawarkan harga yang lebih kurang serupa bersama-sama dengan Celcom Biz seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun, menariknya adalah dimana Celcom menawarkan perlindungan insuran untuk peranti iPhone yang dibeli melalui mereka.

Bagi mereka yang berminat, anda sudah boleh mendapatkannya melalui Celcom bermula hari ini, dan untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh merujuk ke halaman iPhone di laman rasmi Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd