Mac OS X Lion Akan Diedarkan Melalui Mac App Store Terlebih Dahulu?

Mac OS X Lion Akan Diedarkan Melalui Mac App Store Terlebih Dahulu?

Diterbitkan pada Mei 5, 2011 oleh .

Dengan pelancaran Mac OS X 10.7 yang semakin dekat, beberapa info mengenainya kini mula diperkatakan. Selain daripada pelbagai fungsi baru padanya, kini ianya mula diperkatakan yang mana Mac OS X 10.7 Lion akan diedarkan kepada semua pengguannya terlebih dahulu melalui Mac App Store.

Seperti sedia maklum, sebelum ini, Apple telah melancarkan Mac App Store bersama-sama dengan Mac OS X 10.6 Snow Leopard, dimana para pengguna boleh membeli dan memuat-turun pelbagai aplikasi Mac secara terus melalui Mac App Store, tanpa lagi perlu mencarinya di laman-laman lain seperti dulu.

Walaupun ianya akan ditawarkan terlebih dahulu kepada pengguna Mac App Store, Apple juga diperkatakan akan memperkenalkan juga cakera keras untuknya, namun mungkin sedikit lambat. Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, versi-versi akan datang dalam tahun akan datang, mungkin tidak lagi akan menggunakan cakera keras, dan akan bergantung sepenuhnya pada Mac App Store.


TIPS & ULASAN