Google Dan Facebook Inginkan Skype?

Diterbitkan pada Mei 5, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kini, ianya diperkatakan yang mana Facebook dan Google masing-masing inginkan kerjasama bersama-sama dengan pihak Skype, selain mana, Facebook turut sama diurakan menawarkan Skype untuk dibeli oleh Facebook. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana Google dan Facebook masing-masing ingin bekerjasama bersama-sama dengan Skype.

Walaubagaimanapun, perbincangan ini masih lagi diperingkat awal, dan tidak diketahui apakah yang akan menjadi pilihan Skype. Sebelum ini, Skype dan Facebook telah pun bekerjasama, selain mana diperkatakan yang mana fungsi panggilan video daripada Skype akan diintegrasikan pada Facebook Chat.

Berbeza dengan Facebook, Google sendiri mempunyai fungsi panggilan video mereka melalui Google Talk dan juga GMail, selain turut mengintegrasikannya pada Android, membolehkan penggunanya membuat panggilan video.

Buat masa ini, ketiga-tiga pihak tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami