Cari @ Amanz

Setelah dilancarkan pada minggu lepas, kini Maxis telah pun mula menawarkan Motorola Xoom kepada umum, dimana mereka yang berminat boleh mendapatkannya terus daripada pusat-pusat Maxis bermula esok pada harga RM2499. Menariknya adalah untuk tempoh promosi ini, Motorola Xoom didatangkan bersama-sama dengan Motorola Defy secara percuma.

Motorola Xoom dan Motorola Defy ditawarkan pada harga hanya RM2499, namun begitu, para pengguna perlu mendaftar untuk pelan data Maxis 3GB selama 24 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya pada harga RM2499 tanpa sebarang kontrak daripada Maxis, tetapi anda tidak akan diberikan peranti Motorola Defy secara percuma untuknya.

Melalui Motorola Xoom, ianya membawakan Android 3.0, skrin seluas 10.1-inch, dan juga cip 1GHz dwi-teras. Xoom turut sama membawkan kamera hadapan 2 megapixel untuk membuat panggilan video, dan juga kamera belakang 5 megapixel dengan LED flash. Motorola Xoom yang ditawarkan oleh Maxis adalah versi WiFi, dan versi 3G masih lagi tidak diketahui bila akan tiba di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd