Seperti sedia maklum, Mozilla telah pun mengubah jadual pembangunan mereka kepada lebih pantas dengan membahagikan kepada beberapa saluran, dan menariknya, melalui kemaskini versi pembangunan terkini, Mozilla membolehkan para penguji mengubah-ubah saluran pembangun dengan mudah secara terus melalui versi pembangunan mereka.
Melalui versi pembangunan Firefox 5 Aurora yang baru, Mozilla membolehkan pengguna bertukar-tukar antara saluran Aurora, Beta dan juga versi stabil dengan mudah, tanpa memerlukan anda memuat-turun versi baru secara manual seperti sebelumnya.
Versi beta Firefox 5 dijangka akan menyusul pada pertengahan bulan ini, dan versi stabilnya dalam masa beberapa minggu selepas itu. Para pengguna yang ingin mengujinya, boleh memuat-turun secara terus melalui halaman rasmi Mozilla, dan menguji pelbagai perkara baru yang dibawakan olehnya.