Televisyen Dan Twitter

Televisyen Dan Twitter

Diterbitkan pada Mei 5, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, kini Twitter adalah antara sumber utama untuk berita, dan ianya turut digunakan oleh pelbagai perkara, termasuk pada TV dan sebagainya. Di Malaysia sendiri, Twitter turut digunakan secara meluas, selain kini wartawan tempatan turut melaporkan pelbagai perkara daripada Twitter, termasuk berkaitan gosip artis dan juga politik.

Twitter sendiri masih lagi sedang meningkat naik popularitinya, dan kini telah menjadi salah satu ekosistem penting untuk para pengguna atas talian. Baru-baru ini, pelbagai berita-berita utama, diketahui daripada Twitter terlebih dahulu, termasuk berita perkahwinan diraja di England, dan juga berita berkenaan kematian Osama baru-baru ini.

Untuk memperlihatkan penggunaan Twitter pada media, pihak Twitter sendiri telah memuat-naik sebuah video khas, memperlihatkan penggunaan hashtag pada Twitter, selain beberapa perkara lain semakin lama semakin meningkat popularitinya, selain turut sama mula digunakan melalui acara siaran langsung dan sebagainya.

Mungkinkah selepas ini, kita boleh melihat senario serupa berlaku pada kaca televisyen tempatan?


TIPS & ULASAN