Carian
Aplikasi Android Melangkaui Angka Aplikasi iOS Menjelang Ogos?
May 6, 2011 Aman

Seperti sedia maklum, Android dan iOS merupakan antara platform operasi mudah-alih yang popular, dan diketahui, buat masa ini, iOS mempunyai bilangan aplikasi yang paling banyak sekali di pasaran, dan ianya diikuti oleh Android dengan rapat. Namun ianya mungkin berubah tidak lama lagi.

Buat masa ini, perkembangan aplikasi iOS agak perlahan, berbanding Android yang masih berkembang dengan pesat, dan melalui suatu laporan, bilangan aplikasi pada Android dijangka melangkaui bilangan aplikasi iOS menjelang penghujung bulan Julai 2011 ini. Ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan, Android akan mencapai lebih 425,000 aplikasi menjelang Ogos kelak.


Android Market vs Apple AppStore [via]

Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana ekosistem aplikasi pada Android dan iOS adalah jauh berbeza, dan terdapat beberapa aplikasi yang tidak begitu berkualiti pada Android Market. Namun begitu, ianya sesuatu yang menarik, memperlihatkan Android Market dilancarkan sedikit lambat berbanding AppStore daripada Apple. Selain itu, baru-baru ini RIM turut sama memperlihatkan aplikasi Android dijalankan pada BlackBerry PlayBook, sekaligus memperlihatkan potensi aplikasi Android yang lebih luas pada masa akan datang kelak.

Komen