Hari ini, Google membawakan kemaskini kepada Google Earth untuk Android mereka, dimana melalui kemaskini terbaru ini, ianya lebih mesra tablet, selain mana ianya turut sama membawakan sokongan untuk teksture penuh pada bangunan 3D padanya, menjadikan ianya lebih realistik.
Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan Action bar, membolehkan para pengguna mengakses pelbagai perkara dengan lebih pantas lagi, termasuk fungsi carian, sokongan layer, WikiPedia, dan bangunan 3D. Ianya juga turut sama memperlihatkan gambar melalui Panoramio, menjadikannya lebih interaktif lagi.
Para pengguna Android 2.1 dan terkini boleh memuat-turunnya untuk peranti telefon pintar anda, dan begitu juga untuk para pengguna tablet Android 3.0 dan terkini, boleh menikmati Google Earth pada skrin yang lebih luas dan besar lagi.