Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini Google Earth, Google Maps, Street View dan sebagainya hanya memperlihatkan pemandangan diluar bangunan sahaja, hari ini Google melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan Google Business Photos, yang mana memperlihatkan pemandangan didalam sesuatu kedai ataupun pejabat.

Melalui Google Business Photos, ianya menjadikan sesuatu lokasi lebih interaktif, disamping menyediakan pemandangan 360 darjah didalam sesebuah lokasi, sekaligus membolehkan para pengguna dan pelayar internet melihat pemandangan didalam kedai, mahupun pejabat itu terus melalui pelayar web mereka.

Ini juga mungkin akan menjadi salah satu titik tambah kepada Google Places yang mana kini mempunyai lebih 50 juta halaman lokasi, dan meningkat dari hari ke hari. Bagi para pemilik yang inginkan pejabat dan kedai mereka disenaraikan, mereka terlebih dahulu perlu memohon kepada Google, dimana seterusnya Google akan menghantar jurugambar untuk mengambil gambar panorama 360 darjah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd