Cari @ Amanz

Clement Lefebvre kini telah mengumumkan yang mana pasukan pembangun akan melepaskan versi stabil bagi Linux Mint iaitu Mint 11 pada penghujung bulan ini. Clement turut memaklumkan kepada umum bahawa versi RC juga akan dilepaskan pada pertengahan bulan ini tanpa tarikh yang pasti buat masa ini.

Katanya lagi, Linux Mint yang bakal dilepaskan kelak akan menggunakan persekitaran antaramuka Gnome 2.32 berbanding Unity dan Gnome 3. OpenOffice juga digantikan dengan LibreOffice seperti pada Ubuntu, serta beberapa lagi pembaharuan yang dilakukan oleh pihak pembangun Linux Mint bagi memastikan distro keluaran mereka itu stabil dan selamat untuk digunakan.

Clement juga turut memaklumkan bahawa beberapa projek yang dilaksanakan oleh pihak pembangun mereka terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu berikutan dengan pelancaran besar-besaran Unity dan Gnome3 baru-baru ini antaranya NetDiscovery serta Restoration.

Adakah Linux Mint terus mampu berkembang walaupun mereka tetap dengan pendirian menggunakan Gnome 2 yang dianggap klasik berbanding implementasi Unity yang digunakan pada Ubuntu dan juga Gnome3 yang menjadi persekitaran default bagi Fedora dan OpenSuSE ?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd