Cari @ Amanz

BeritaMY Kini Kelihatan Lebih Menarik Dengan Rekabentuk Baru

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah dilancarkan beberapa hari sebelum ini, kini BeritaMY mendapat sokongan komuniti, dimana kini laman mereka telah pun direkabentuk semula, menjadikannya lebih kemas dan menarik untuk dilayari. Ianya dimaklumkan yang mana rekabentuk semula ini dibuat oleh Mohd Huzairy, yang mana merupakan pemilik MentariWorks, dan terkenal dengan rekabentuk minimalis beliau.

Buat masa ini, BeritaMY membawakan pelbagai berita berbahasa Melayu, dimana mengumpulkannya daripada laman-laman terkemuka, termasuk Beria Harian, Bernama, Harian Metro, Kosmo Online dan juga Utusan. Menariknya adalah dimana mereka juga menyediakan API untuk laman mereka, membolehkan para pembangun yang berminat membangunkannya daripada pelbagai data-data yang telah pun disediakan oleh BeritaMY.

Mungkin juga selepas ini, kita akan dapat melihat perkembangan sedikit demi sedikit, termasuk kebolehan untuk memperlihatkan berita mengikut kategori dan juga sebagainya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut BeritaMY.


Komen ()