TM Memperkenalkan 7 Saluran Berbayar Baru Pada HyppTV

TM Memperkenalkan 7 Saluran Berbayar Baru Pada HyppTV

Diterbitkan pada Mei 6, 2011 oleh .

Hari ini, Telekom Malaysia melalui HyppTV telah memperkenalkan 7 lagi saluran tambahan, sekaligus menambah lagi tawaran saluran sedia ada yang terdapat pada IPTV daripada TM itu. Saluran baru yang diperkenalkan, termasuklah saluran Al-Jazeera, National Geographic Adventure HD, EMAS dan beberapa saluaran lain lagi.

Seperti sedia maklum, HyppTV ditawarkan bersama-sama internet berkelajuan tinggi mereka, UniFi. Dengan tambahan 7 saluran baru ini, ianya menjadikan jumlah saluran yang ditawarkan oleh HyppTV berjumlah 40 saluran. Namun begitu, 7 saluran baru ini adalah saluran berbayar, dimana para pengguna boleh melanggannya dengan kadar serendah RM3 sebulan.

#HyppTV new channels: Al Jazeera, tvN HD, Nat Geo Adventure, Nat Geo Music, Syfy HD, SS Music, EMASless than a minute ago via Echofon Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN