WordPress 3.2 Bakal Memperkenalkan Perubahan Pada Dashboard

WordPress 3.2 Bakal Memperkenalkan Perubahan Pada Dashboard

Diterbitkan pada Mei 6, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada Blogger yang sedang dalam proses memperkenalkan antaramuka Dashboard yang baru, WordPress juga bakal memperkenalkan sedikit perubahan antaramuka pada Dashboard melalui versi akan datang mereka, iaitu WordPress 3.2.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui berkenaan tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan kelak, dan perubahan ini masih lagi dalam proses pembangunan. Melalui versi pembangunan WordPress 3.2 yang boleh didapati melalui WordPress Trac, kini ianya memperlihatkan sedikit perubahan pada antaramuka dashboard WordPress 3.2.

Sebelum ini, ianya juga telah dimaklumkan yang mana WordPress 3.2 bakal diperkenalkan bersama-sama tema baru, iaitu TwentyEleven, yang mana masih lagi membawakan ciri-ciri minimalis padanya. Nampaknya dalam beberapa minggu akan datang ini, pelbagai lagi perkara baru mengenai WordPress 3.2 akan diketahui sedikit demi sedikit.


TIPS & ULASAN