Cari @ Amanz

Selain daripada kemaskini antaramuka dashboard Blogger yang masih lagi dinantikan ramai, pihak Blogger juga turut sama memperkemaskini perkhidmatan mereka dengan beberapa perkara baru hari ini. Dua fungsi baru yang diperkenalkan oleh pihak Blogger adalah termasuk sokongan geotagging dan juga antaramuka untuk muat-naik video dan gambar yang diberikan nafas baru.

Bagi para pengguna Blogger In Draft, semestinya anda sudah mengetahui fungsi geotagging ini untuk suatu masa, dan hari ini ianya dilancarkan untuk semua pengguna Blogger seluruh dunia. Para pengguna, kini boleh menambah maklumat lokasi pada artikel blog mereka, sekaligus kelak memudahkan artikel anda ditemui melalui carian berdasarkan lokasi dan sebagainya. Pelbagai perkhidmatan juga turut sama kini mengintegrasikan fungsi lokasi pada perkhidmatan mereka, termasuk Facebook dan Twitter.

Selain daripada itu, mulai hari ini, antaramuka untuk halaman muat-naik video dan gambar diberikan nafas baru. Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi mungkin Google akan memperkenalkan beberapa lagi fungsi baru, sebelum memperkenalkan dashboard baru kepada umum dalam masa tahun ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd