Firefox Mobile 5 Beta Pada 17 Mei – Sama Seperti Versi Desktop

Firefox Mobile 5 Beta Pada 17 Mei – Sama Seperti Versi Desktop

Diterbitkan pada Mei 7, 2011 oleh .

Mozilla sebelum ini telah pun memperkatakan yang mana ianya akan membangunkan pelayar web mudah-alih Firefox mereka sama pantas dengan pembangunan versi desktop, dan kini ianya akan turut sama menggunakan latar masa yang lebih kurang serupa, dan akan turut sama menggunakan saluran Aurora, Beta, dan Stabil seperti versi desktop.

Memandangkan pembangunannya kini disamakan, Firefox Mobile 5 beta pertama dijangka akan dilepaskan pada 17 Mei kelak, sama seperti versi destkopnya. Buat masa ini, fungsi baru padanya masih lagi tidak diketahui lagi buat masa ini, namun Mozilla membuat perancangan awal untuk meletakkannya pada Android Market sama seperti pelayar web versi stabil mereka. Firefox Mobile 5 Beta untuk Maemo masih lagi belum mendapat maklumat berkenaannya buat masa ini.


TIPS & ULASAN