Sebelum ini, ianya telah pun diperkatakan yang mana Maxis akan mula menawarkan Dell Streak sekitar bulan Mei ini, dan kini Maxis telah pun mengemaskini halaman tablet mereka, dimana selain menyertakan Motorola Xoom, mereka juga turut sama menyertakan Dell Streak 5 bersama-sama dengannya.
Dell Streak 5 didatangkan bersama-sama dengan jaminan selama 12 bulan dimana seperti sedia maklum, berharga RM2099 diluar melalui pengedar rasmi Dell. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah, iaitu pada harga RM1599 dengan kontrak pelan data Maxis selama 12 bulan, ataupun RM1459 dengan kontrak Maxis selama 24 bulan.
Selain daripada Dell Streak 5 dan juga Motorola Xoom, pada minggu hadapan, Maxis bakal menawarkan HTC Flyer, dan menariknya, harganya akan bermula daripada serendah RM199. Namun begitu, pakej dan pelannya masih lagi menjadi tanda tanya buat masa ini.