Adakah DiGi Dihukum Oleh Apple?

Adakah DiGi Dihukum Oleh Apple?

Diterbitkan pada Mei 8, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, DiGi sebelum ini telah mengumumkan akan membawa masuk iPhone 4 Putih kepada umum, jauh sebelum Apple mengumumkan pelancarannya, dimana DiGi telah memperkenalkan halaman pendaftaran minat untuknya. Namun begitu, sehingga ke hari ini, DiGi masih lagi belum mengeluarkan berita lanjut mengenainya.

Mungkin para pengemar Apple juga turut mengetahui yang mana Apple kurang gemar apabila produk mereka diumumkan terlebih dahulu oleh para pengedar dan penjual mereka. Sebelum ini, para pengedar Apple di Malaysia, tidak langsung mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan iPad 2, sehinggalah Apple sendiri mengumumkan pelancarannya di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, Maxis dan Celcom masing-masing telah pun memperlihatkan Apple iPhone 4 berwarna putih, namun masih tidak bagi pihak DiGi. Namun begitu, untuk mengatasinya, DiGi kini menawarkan potongan harga sebanyak RM200 untuk pendaftaran baru, sehingga ke 16 Mei.

Namun apa yang menjadi persoalan pihak kami adalah, adakah DiGi telah dihukum oleh Apple kerana memulakan pendaftaran minat terlebih dahulu, dan adakah DiGi akan mendapat Apple iPhone 4 Putih, ataupun tidak. Sekiranya tidak, adakah versi-versi iPhone selepas ini hanya akan eksklusif untuk Maxis dan Celcom sahaja di Malaysia?


TIPS & ULASAN