Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa peranti Android yang diperkenalkan Maxis, kini Maxis juga turut sama menambah tawaran peranti yang menggunakan platform Windows Phone 7, dimana kini Maxis telah menambah Samsung Omnia 7 pada senarai peranti yang ditawarkan oleh mereka, menawarkan harga pada harga serendah RM999.

Samsung Omnia 7 dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1799, namun begitu, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah lagi melalui Maxis, iaitu pada harga RM1249 dengan kontrak 12 bulan, ataupun pada harga serendah RM999 dengan kontrak 24 bulan.

Ianya tidak pasti sejak bilakah Maxis telah menambah peranti Samsung Omnia 7 ini dibawah portfolio mereka, namun ianya kelihatan menarik, dengan pelbagai lagi peranti-peranti menarik yang mungkin akan diperkenalkan oleh Maxis dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd