Cari @ Amanz

Setelah diperkatakan mengenai pelancaran perkhidmatan BlackBerry oleh Tune Talk sebelum ini, kini secara rasminya mereka telah pun melancarkannya, membolehkan para pengguna tempatan menggunakan perkhidmatan Tune Talk bersama-sama dengan peranti BlackBerry mereka pada kada yang amat murah.

Tune Talk menawarkan perkhidmatan BlackBerry kepada para penggunannya dalam bentuk pra-bayar, dimana ianya ditawarkan pada kadar serendah RM1.50 sehari, ataupun RM40 untuk sebulan, yang mana meliputi perkhidmatan penuh BIS pada BlackBerry. Pada masa yang sama, mereka juga turut sama menawarkan beberapa peranti, termasuk BlackBerry Torch 9800, BlackBerry Bold 9780, BlackBerry Curve 3G 9300 dan juga BlackBerry Curve 8520.

Sebelum ini, Tune Talk telah pun memenangi beberapa anugerah, selain turut melangkaui angka pengguna yang ke-2 juta. Beberapa pengumuman berkaitan BlackBerry daripada Tune Talk juga dijangka akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd