Microsoft Turut Sama Dalam Perbincangan Bersama Skype?

Microsoft Turut Sama Dalam Perbincangan Bersama Skype?

Diterbitkan pada Mei 9, 2011 oleh .

Setelah kedengaran ura-ura yang memperkatakan Facebook dan Google sedang berbincang bersama-sama Skype untuk suatu kerjasama, ataupun pembelian, kini ura-ura baru kedengaran memperkatakan yang mana Microsoft turut sama sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih ataupun bekerjasama bersama-sama dengan Skype.

Ianya juga diperkatakan yang mana berkemungkinan besar, berita berkaitan dengan Microsoft dan juga Skype akan diumumkan seawal minggu ini. Namun begitu, Skype tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara ini. Ianya diperkatakan yang mana Microsoft kini sedang dalam perbincangan samaada bekerjasama, mengambil-alih ataupun melabur pada Skype.

Sebelum ini, Microsoft sendiri telah mengumumkan yang mana Windows Phone bakal menerima Skype tidak lama lagi, dan ura-ura baru ini masih lagi tidak diketahui benar ataupun tidak buat masa ini. Sama-sama kita melihatkan perkembangan perkhidmatan VoIP sepanjang tahun ini dengan lebih banyak syarikat besar memasuki arena tersebut.


TIPS & ULASAN