Carian
OhMedia Diceroboh Disebabkan Kecuaian Salah Seorang Pentadbirnya?
May 9, 2011 Aman

Seperti sedia maklum, pada minggu lepas, halaman Facebook Oh! Media Network telah pun digodam oleh salah satu pihak, dimana beberapa status berbaur kebencian serta gambar peribadi milik pemiliknya, Khai telah dimuat-naik. Setelah hampir seminggu, kini pemilkinya secara peribadi telah pun memberikan komen rasmi berkaitan perkara tersebut.

Menurut Khai, perkara ini terjadi apabil salah seorang pentadbirnya telah menggunakan komputer peribadi milik salah seorang rakan beliau, dan terlupa untuk log keluar apabila telah habis menggunakannya. Perkara ini telah diambil kesempatan oleh pihak tersebut, sekaligus menulis beberapa status berbau kebencian serta memuat-naik gambar peribadi Khai.

Menurut Khai lagi, Oh! Media telah pun membuat aduan mengenai perkara ini kepada pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, serta Cybersecurity. Ianya juga diperkatakan yang mana halaman Facebook mereka telah diceroboh selama lebih kurang 10 minit sahaja, serta mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk memulihkannya seperti sedia kala.

Pada masa yang sama, dalam tempoh 10 minit tersebut, pihak penceroboh itu juga dikatakan telah mengubah kata laluan untuk semua blog, serta memadam kesemua artikel didalam blog. Namun begitu, disebabkan pihak pengodam tersebut tidak membuangnya secara keseluruhan daripada database, perkara tersebut dapat dipulihkan dengan amat pantas dan mudah.

Pada masa yang sama, Khai juga turut sama telah menyusun beberapa perkara baru, serta diperkatakan akan membawa pelbagai pembaharuan kepada jenama Oh! Media Network, melalui suatu surat terbuka di halaman Facebook Oh!Media Network.

Komen