Nampaknya, melalui kemaskini Windows Phone 7.5 ataupun Mango, platform Windows Phone kelak akan dikemaskini dengan pelbagai fungsi-fungsi baru. Selain daripada beberapa perkara yang diperkatakan sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Windows Phone Mango kelak akan membawakan fungsi navigasi, Bing Audio, dan beberapa perkara lain lagi.
Fungsi navigasi merupakan salah satu fungsi menarik yang dinantikan oleh ramai pengguna, dimana ianya kelak akan meletakkan Windows Phone setaraf dengan beberapa telefon pintar lain yang turut sama didatangkan dengan aplikasi GPS, seperti Google Navigation, dan juga Ovi Maps.
Pada masa yang sama, Windows Phone Mango juga diperkatakan akan menyokong fungsi suara ke teks, dimana anda boleh menulis menggunakan suara sahaja. Ianya diperkatakan fungsi ini kelak akan dijayakan dengan menggunakan perkhidmatan Microsoft TellMe.
Dua lagi fungsi baru yang akan didatangkan adalah termasuk Bing Audio dan juga Bing Vision. Beberapa fungsi baru yang lain juga dijangka akan di ketahui dari semasa ke semasa. Kemaskini Windows Phone 7 dijangka akan menemui para pengguna menjelang penghujung tahun ini kelak.