JomSocial Memenangi Anugerah CMSA Untuk 2 Tahun Berturut-Turut

JomSocial Memenangi Anugerah CMSA Untuk 2 Tahun Berturut-Turut

Diterbitkan pada Mei 9, 2011 oleh .

Kini, untuk dua tahun berturut-turut, JomSocial telah berjaya memenangi anugerah aplikasi sosial untuk Joomla terbaik di CMS Expo yang diadakan pada minggu lepas. Seperti sedia maklum, JomSocial merupakan salah satu aplikasi Joomla yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan melalui Azrul Studio.

Bagi yang tidak mengenali JomSocial, ianya merupakan salah satu aplikasi khas yang dibangunkan untuk platform Joomla, dimana melaluinya, ianya membolehkan anda mengubah pemasangan Joomla kepada sebuah web komuniti dengan mudah.

Selain daripada membangunkan JomSocial, Azrul Studio juga merupakan antara tulang belakang utama dalam membangunkan dan menghimpunkan bersama komuniti Joomla tempatan. Tidak lama lagi, mereka juga bakal menganjurkan Joomla Day Malaysia 2011 pada bulan Jun kelak.


TIPS & ULASAN