Telefon Bimbit Kelak Boleh Dicas Menggunakan Suara?

Telefon Bimbit Kelak Boleh Dicas Menggunakan Suara?

Diterbitkan pada Mei 9, 2011 oleh .

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah tenaga bateri yang tidak bertahan lama. Untuk mengatasi masalah ini, kini salah seorang pensyarah di Korea Selatan sedang membangunkan teknologi baru dimana pengguna boleh mengecas bateri dengan hanya menggunakan suara sahaja.

Seperti sedia maklum, bunyi boleh didapati dipelbagai lokasi dan persekitaran kita dalam kehidupan harian, dan ianya sekaligus menjadikan salah satu sumber yang mungkin boleh digunakan untuk mengecas tenaga elektrik untuk bateri peranti mudah-alih.

Buat masa ini, ianya memerlukan bunyi sekuat lebih kurang 100 desibel digunakan untuk menghasilkan tenaga lebih kurang sebanyak 50 milivolts. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin akan dapat diatas dengan masa dan teknologi yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN