Cari @ Amanz

Selain daripada baru-baru ini memperlihatkan latar masa sesuatu imej itu dimuat-naik, kini Google terus memperkenalkan perkara baru pada enjin carian imej mereka, dimana melalui kemaskini terkini, anda boleh membahagikan carian imej anda mengikut subjek-subjek yang relevan, sekaligus memudahkan carian imej anda.

Hari ini, Google mengumumkan fungsi kebolehan untuk memperlihatkan carian imej dan gambar mengikut topik, yang mana akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat sepanjang minggu ini. Melaluinya juga, ia sekaligus menjadikan carian imej lebih mudah, dan pantas berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd