Chrome 12 Beta Tidak Lagi Menyertakan Sokongan Google Gears

Chrome 12 Beta Tidak Lagi Menyertakan Sokongan Google Gears

Diterbitkan pada Mei 10, 2011 oleh .

Dengan pembangunan Chrome yang amat pantas, kini setelah Google Chrome 11 dilancarkan secara rasminya, Google telah pun menambah Chrome 12 kepada saluran beta secara rasminya, sekaligus memperlihatkan yang mana Google Chrome 12 bakal dilepaskan dalam masa beberapa minggu lagi.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Chrome 12 Beta kini tidak lagi menyertakan Google Gears, memandangkan kebanyakkan web kini menyokong HTML5, selain mana Chrome 12 Beta turut sama membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan hardware-accelerated 3D CSS, kebolehan untuk memadan cookies Flash didalam Chrome, perlindungan daripada fail berbahaya, dan sokongan pembacaan pada skrin yang ditambah-baik.

Bagi mereka-mereka yang berminat, boleh memuat-turun Google Chrome 12 Beta ini dan mengujinya terlebih dahulu sebelum mana pelayar web Chrome 12 versi stabil dilepaskan kepada umum dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN