Cari @ Amanz

Seperti yang dikatakan sebelum ini, nampaknya Skype memilih Microsoft berbanding dengan Facebook dan Google, dan ianya dijangka yang mana Microsoft bakal mengumumkan pembelian dan pengambil-alihan Skype tidak lama lagi pada harga lebih kurang $8.5 billion.

Dengan pembelian Skype juga, Microsoft akan memperlohei lebih daripada 663 juta penggunanya, dan yang paling penting adalah perkhidmatan VoIP terkemuka didunia. Ianya juga diperkatakan yang mana Skype akan diintgerasikan pada Windows Live dan beberapa perkhidmatan atas talian Microsoft yang lain.

Sebelum ini, Microsoft juga telah mengumumkan yang mana Skype akan diperkenalkan pada Windows Phone, dan dengan pembelian ini, mungkin ianya akan diintegrasikan dengan lebih mendalam lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Microsoft tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd