Cari @ Amanz

Lihat Waktu Wayang Terus Pada Carian Google

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada waktu solat, cuaca dan sebagainya, kini para pengguna tempatan juga boleh menyemak waktu tayangan untuk filem-filem di panggunag wayang secara terus melalui halaman Google. Namun begitu, buat masa ini, ianya masih lagi belum boleh digunakan oleh kesemua pengguna di Malaysia.


Senarai Waktu Wayang Pada Google [via]

Melalui fungsi ini, para pengguna yang melakukan carian mengenai nama sesebuah filem pada Google, dan memberikan akses geolokasi pada pelayar web mereka akan diperlihatkan dengan senarai waktu tayangan dan juga panggung wayang yang berdekatan dengan mereka, sekaligus menjimatkan masa anda untuk mengetahui pelbagai info berkaitan dengannya.

Fungsi ini mungkin bukan sesuatu yang baru, dimana ada pengguna yang turut melaporkan pernah menjumpainya pada tahun lepas, dan mungkin masih belum diaktifkan sepenuhnya lagi. Buat masa ini, Google hanya memperlihatkan waktu tayangan daripada GSC dan juga TGV sahaja.


Komen ()