Cari @ Amanz

Nampaknya lebih awal daripada apa yang dijangkakan, kini Microsoft telah pun mula menghantar jemputan media untuk pengumuman berkaitan perkara-perkara baru yang kelak akan didatangkan bersama-sama dengan kemaskini Windows Phone yang akan datang, yang mana dikenali sebagai Mango buat masa ini.

Sehingga kini, kesemua fungsi baru yang akan dibawakan oleh Windows Phone 7.5 masih lagi menjadi tanda tanya, dan mungkin ianya semua akan terjawab setelah 24 Mei ini, dimana Microsoft sendiri akan mengumumkannya secara rasmi. Sehingga kini, apa yang diketahui adalah yang mana Windows Phone 7.5 kelak akan membawakan fungsi navigasi, Internet Explorer 9, Bing Vision, dan beberapa perkara lain yang menarik lagi.

Semua pengguna Windows Phone dijangka akan menerima kemaskini Windows Phone 7.5 “Mango” ini sekitar penghujung tahun ini, dengan tarikh pasti masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd