Google Music Akan Menyokong Storan Lebih 20000 Buah Lagu?

Google Music Akan Menyokong Storan Lebih 20000 Buah Lagu?

Diterbitkan pada Mei 10, 2011 oleh .

Setelah kedengaran mengenai ura-ura berkaitan Google Music sejak daripada dulu lagi, kini ianya diperkatakan yang mana Google akan mengumumkannya kepada umum pada Google I/O yang bakal diadakan pada penghujung hari ini nanti, yang mana dijangka akan bersaing dengan Amazon Cloud Player dan juga perkhidmatan daripada Apple yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, ianya diperkatakan yang mana Google masih lagi belum membuat sebarang perjanjian dengan penyedia rekod-rekod besar. Selain daripada itu, ianya turut sama diperkatakan yang mana perkhidmatan ini hanya akan diperkenalkan dalam bentuk jemputan terlebih dahulu, dan akan membolehkan para pengguna menyimpan lebih daripada 20,000 secara percuma, dan memainkannya terus dari pelayan dengan mudah, dari pelbagai peranti.

Kami akan mengemaskini pelbagai info berkaitan Google Music sebaik sahaja ianya diumumkan kepada umum pada Google I/O kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN