Hari ini, Acer Malaysia telah pun melancarkan Acer Iconia Tab A500 secara rasminya di Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna dan peminat tempatan mendapatkan tablet berasaskan Android 3.0 Honeycomb ini pada harga serendah RM1599 sahaja.
Acer Iconia Tab A500 membawakan cip pemprosesan 1GHz Tegra 2 dwi-teras, yang mana turut sama diserasikan dengan 1GB RAM dan juga ruangan storan sehingga 32GB. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan skrin seluas 10.1″, serta kamera belakang 2 megapixel dan juga kamera hadapan 5 megapixel.
Dengan ini, ianya turut sama memerihakan industri tablet tempatan, dimana baru-baru ini Motorola Xoom dan iPad 2 telah dilancarkan di Malaysia. Mungkin beberapa lagi tablet baru mungkin kita akan dapat lihat dalam masa beberapa minggu lagi.