Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, Microsoft telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pengambil-alihan Skype oleh mereka. Microsoft mengatakan yang mana mereka telah pun membeli syarikat komunikasi internet terkemuka, Skype pada harga $8.5 billion secara tunai, dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Dengan pembelian Skype, ianya kelak akan diintegrasikan pada produk-produk milik Microsofft, sekaligus membawakan akses kepada komunikasi video dan suara masa-nyata yang menguntungkan pelbagai pihak. Microsoft mengatakan yang mana selepas ini Skype akan menyokong pelbagai peranti daripada Microsoft, termasuk Xbox, Kinect, Windows Phone, dan banyak lagi.

Sokongan Skype untuk para pelanggan yang bukan menggunakan produk bukan Microsoft turut sama akan disambung seperti biasa.

Skype sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2003, dan dibeli oleh eBay pada September 2005. Walaubagaimanapun, ianya kemudian keluar daripada eBay pada November 2009, dan kini ianya telah menjadi milik penuh Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd