Cari @ Amanz

Dengan pembelian Skype oleh Microsoft, semestinya ramai yang melihat keuntungan yang bakal dijana oleh Microsoft. Namun, satu lagi pihak yang akan dapat keuntungan daripada pembelian Skype oleh Microsoft adalah Facebook, dan mungkin ianya tidak lama lagi kita akan dapat melihat perkhidmatan panggilan video dan suara diintegrasikan pada Facebook.

Fungsi Panggilan Pada Facebook
Fungsi Panggilan Pada Facebook

Seperti sedia maklum, Microsoft merupakan salah seorang pelabur pada Facebook, dan buat masa ini, Facebook sudah pun mengintegrasikan hasil carian daripada Bing, selain menggunakan Bing Maps pada Facebook Places. Ianya tidak mustahil untuk melihat panggilan video dan suara diperkenalkan, apatah lagi, kini dengan pembelian oleh Microsoft, Facebook dapat mengurangkan lagi kos yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya sebaliknya.

Sebelum ini juga, beberapa petanda telah memperlihatkan yang mana fungsi panggilan video akan hadir ke Facebook, namun ianya mungkin masih lagi dalam pembangunan, dan belum bersedia sepenuhnya untuk diperkenalkan kepada umum.

Dengan pembelian Skype oleh Microsoft, kita akan mula melihat tiga gergasi bersaing secara sihat dalam industri panggilan dan komunikasi internet, iaitu Google melalui Google Talk dan GMail, Apple melalui FaceTime, dan Microsoft melalui Skype, serta tidak ketinggalan Yahoo! dengan Yahoo! Messenger.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd