Cari @ Amanz

Sejak Android diperkenalkan lebih kurang 2.5 tahun yang lepas, ianya telah bergerak jauh, dimana hari ini Google telah memperlihatkan beberapa statistik menarik berkaitan dengan Android, dan salah satunya adalah dimana kini lebih 400,000 peranti Android diaktifkan setiap hari, dan ianya sudah pun melangkaui angka 100 juta peranti Android yang diaktifkan sehingga kini.

Selain daripada itu, Google juga turut sama memperkatakan yang mana bilangan keseluruhan aplikasi pada Android Market kini telah mencapai lebih daripada 200,000, dimana ianya telah mengumpulkan lebih daripada 4.5 billion pemasangan diseluruh dunia.

Pada masa yang sama, Google turut menekankan mengenai pilihan, dimana kini terdapat lebih daripada 310 peranti berbeza yang menggunakan Android sebagai platform utamanya, dan ianya boleh didapati di lebih daripada 110 negara seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd