Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Google TV pada tahun lepas, kini Google telah pun mengumumkan yang mana Google TV akan mendapat kemaskini Android 3.1 Honeycomb tidak lama lagi, serta akses kepada Android Market, sekaligus membolehkan para pengguna memuat-turun dan memasang aplikasi dengan mudah.

Perkara ini juga sekaligus membolehkan para pembangun untuk membangunkan aplikasi mereka untuk skrin yang lebih besar lagi. Pada masa yang sama, di Google I/O, Google juga turut sama mengumumkan yang mana beberapa peranti Google TV yang baru akan diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd