Google Memperkenalkan Music Beta Secara Rasminya

Google Memperkenalkan Music Beta Secara Rasminya

Diterbitkan pada Mei 11, 2011 oleh .

Setelah sekian lama kedengaran pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan Google Music, hari ini secara rasminya Google telah pun memperkenalkannya kepada umum, dan buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat beta, dan hanya boleh digunakan mengikut jemputan, serta dibuka kepada pengguna US sahaja buat masa ini.

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, Google Music ini akan membolehkan para pengguna memainkan lagu secara terus daripada pelayan (perkomputeran awan), tanpa perlu menyimpan sebarang lagu pada komputer atau peranti anda, sekaligus menjimatkan ruangan storan anda secara tidak langsung.

Buat masa ini, harga lagu-lagu yang akan boleh didapati melalui Google Music masih lagi tidak diumumkan, sebaliknya semua pengguna Google Music Beta boleh mengaksesnya secara percuma pada ketika versi beta ini.


TIPS & ULASAN