Maxis Melancarkan Perkhidmatan Perlindungan – Maxis Secure

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Perlindungan – Maxis Secure

Diterbitkan pada Mei 11, 2011 oleh .

Maxis hari ini telah memperkenalkan salah satu perkhidmatan baru, iaitu Maxis Secure yang mana menyediakan beberapa perkara berkaitan sekuriti kepada para pelanggannya, selain pada masa yang sama melindungi dan mendidik para penggunanya berkaitan keselamatan dan juga sekuriti.


Pelancaran Maxis Secure [via]

Melalui Maxis Secure, beberapa perkhidmatan perlindungan data disediakan, termasuk Anti-Theft, Anti-Virus, Perlindungan Internet, backup penuh, FriendFinder dan juga Home Surveillance. Setiap perkhidmatannya bermula daripada RM3 untuk sebulan, membolehkan anda melindungi data-data anda, selain mana boleh mendapatkannya kembali sekiranya peranti anda hilang, ataupun anda juga boleh memadamkannya secara automatik sekiranya peranti anda hilang.

Seperti sedia maklum, perkhidmatan seumpamanya telah pun disediakan oleh beberapa pembangun peranti, termasuk RIM melalui BlackBerry Protect, dan HTC melalui HTC Sense. Namun begitu, dengan adanya Maxis Secure kini anda boleh melindungi pelbagai peranti anda dengan mudah, dan mendapatkan datanya kembali dengan lebih pantas lagi. Untuk mula menggunakannya, para pengguna Maxis hanya perlu dail *100# dan kemudiannya memilih Maxis Secure daripada pilihan yang diberikan.


TIPS & ULASAN