Ingatkah lagi dengan Google +1 yang telah diperkenalkan oleh Google pada halaman carian keputusannya beberapa minggu yang lalu? Kini pada acara Google I/O, Google secara rasminya telah mengumumkan yang mana para pembangun web akan dapat mengintegrasikannya pada halaman web masing-masing tidak lama lagi.
Nampaknya, melaluinya kelak, ianya akan turut sama menempatkan diri bersama-sama dengan butang Like daripada Facebook, dan juga butang Twitter. Data-data berkaitan +1 juga akan disimpan pada halaman Google Profiles para pengguna, membolehkannya diakses pada kemudian hari dengan mudah.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh rasmi diberikan, namun Google cuma memperkatakannya yang mana ianya akan hadir dalam masa beberapa minggu lagi.
+1 button will be available in the coming weeks for publishers. Stay tuned. #io2011