Cari @ Amanz

Pada hari ini, pemilik Nuffnang, Timothy Tiah telah berkongsi beberapa statistik yang menarik yang mana berkaitan dengan industri blog dan pengiklanan tempatan yang mana semakin hari semakin naik popularitinya. Seperti sedia maklum, sejak Januari hingga ke Mac tempoh hari, lebih daripada 30,000 blog baru telah didaftarkan bersama-sama dengan Nuffnang, memperlihatkan industri yang semakin aktif dari hari ke hari.

Menurut Timothy, melalui suatu bancian yang dijalankan, lebih daripada 94% pengguna rangkaian sosial perasan akan iklan-iklan yang diperlihatkan pada blog, sekaligus memperlihatkan yang mana merupakan salah satu faktor besar mengapa kini ramai jenama-jenama besar memilih blog sebagai medium pengiklanannya. Pada masa yang sama, lebih 90% pengguna akan bergantung kepada enjin carian sebaik sahaja melihat iklan tersebut untuk mendapat info lanjut berkaitan dengannya.

Selain daripada itu, lebih daripada 70% pengguna gemar menyertai pertandingan dan peraduan atas talian, dan lebih 55% menyertainya kerana hadiah wang tunai. Hanya lebih kurang 11% sahaja yang menyertainya disebabkan populariti.

Pada masa yang sama, lebih 38% diperkatakan lebih meminati jamuan blogger berbanding dengan hanya 15% sahaja yang meminati jemputan media. Jikalau dilihat daripada medium komunikasi atas talian yang diminati, lebih 74% gemarkan Facebook, diikuti 12% menggemari Twitter, dan hanya 4% sahaja yang meminati komunikasi melalui emel.

Nampaknya dengan sambungan internet yang semakin meluas daripada hari ke hari, medium internet terus akan mendapat perhatian serius, dan sudah tentunya industri sosial dan blog tempatan masih mempunyai masa depan yang jauh lagi untuk terus maju ke hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd