Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman berkaitan Google Music, Android Market Movies, Android Ice Cream Sandwich dan lain-lain, Google juga turut sama memperlihatkan sebuah perkara baru yang dipanggil sebagai Android@Home, dimana membolehkan anda menggunakan peranti Android bersama-sama peranti lain di rumah anda.

Melalui sebuah demo ringkas yang diperlihatkan, Google memperlihatkan bagaimana pengguna boleh mengawal peralatan elektrik, termasuk lampu rumah terus melalui peranti Android mereka. Selain itu, anda juga boleh memainkan lagu-lagu daripada senarai lagu anda dengan mudah terus pada speaker berdekatan dan sebagainya.

Buat masa ini, ianya masih lagi awal, dan masih lagi sedang aktif dibangunkan, dan peranti-peranti yang menyokongnya mungkin akan didapati dipasaran tidak lama lagi. Mungkinkah dengan ini, Android akan menjadi salah satu platform utama pada masa depan kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd