Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Office Web Apps kepada para pengguna Malaysia bulan Februari yang lepas, hari ini, Microsoft Malaysia secara rasminya telah mengadakan pelancaran rasmi di Malaysia, dimana memperlihatkan beberapa pengguna tempatan berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai penggunaan aplikasi pejabat berasaskan web daripada Microsoft itu.

Secara ringkasnya, melalui Office Web Apps, ianya membolehkan para pengguna bekerjasama dan berkongsi, selain pada masa yang sama mengubah dan membaca kandungan fail-fail berformatkan Word,Excel, PowerPoint, dan OneNote secara terus melalui pelayar web mereka dengan mudah.

Office Web Apps juga menyokong pelbagai jenis pelayar web popular, termasuk yang bukan keluaran Microsoft sendiri. Seperti sedia maklum, Office Web Apps juga diintegrasikan bersama-sama dengan perkhidmatan Microsoft yang lain, termasuk Hotmail dan juga Skydrive, dan untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya memerlukan Windows Live ID sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd