Aplikasi Amanz Untuk Symbian Sedia Dimuat-Turun

Aplikasi Amanz Untuk Symbian Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 11, 2011 oleh .

Khas untuk para pengguna Symbian, kini anda boleh memuat-turun sebuah aplikasi khas untuk membaca dan mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada rangkaian blog Amanz dengan mudah. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh Arif Ishak, iaitu pemilik salah satu blog berkaitan komputer terkemuka, MrPiratz.com

Aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma terus melalui Ovi Store, dan bersaiz sebesar 238KB sahaja. Berbeza dengan halaman Amanz.my untuk versi peranti mudah-alih, melalui aplikasi khas Symbian ini, ianya membawakan antaramuka yang lebih menarik lagi. Menariknya lagi, melalui aplikasi yang sama, anda boleh mengikuti perkembangan pelbagai blog daripada rangkaian Amanz, termasuk LinuxMalaya, Gajet, dan juga Komputer.my.


TIPS & ULASAN