Cari @ Amanz

Setelah berkongsi pelbagai statisik menarik berkaitan Android semalam, hari ini Google berkongsi pelbagai perkara menarik berkaitan Google Chrome. Chrome yang mana pada tahun lepas hanya mempunyai lebih kurang 70 juta orang pengguna kini telah berkembang dengan drastik, dimana kini ianya mempunyai lebih daripada 160 juta pengguna seluruh dunia.

Sejak daripada tahun lepas, lebih daripada 8 versi Chrome telah dikeluarkan, dan yang paling terkini adalah Chrome 12 Beta yang baru dilepaskan baru-baru ini. Selain daripada itu, hari ini juga Google memperkenalkan Chrome Web Store kepada pengguna seluruh dunia, selain mana turut menyokong pembayaran melalui aplikasi pada Chrome Web Store.

Chrome Web Store yang kini boleh diakses oleh lebih daripada 160 juta pengguna seluruh dunia ini turut didatangkan dalam 41 bahasa yang berbeza.

Google Chrome semestinya telah menjadi salah satu pelayar web yang popular, dan meningkat naik dengan pantas sekali. Untuk menarik lebih ramai pengguna lagi, Google sendiri baru-baru ini telah memperkenalkan pengiklanan pada kaca televisyen, selain mana turut sama mempromosikannya pada halaman YouTube, dan melalui pengiklanan Google sendiri, serta pada Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd