Angry Birds Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna Chrome

Angry Birds Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna Chrome

Diterbitkan pada Mei 12, 2011 oleh .

Walaupun sebelum ini Angry Birds diperkatakan akan ke Facebook, namun masih tiada sebarang berita sehingga sekarang. Namun menariknya, hari ini Rovio bersama-sama Google mengumumkan Angry Birds untuk Chrome, yang mana sudah boleh dimuat-turun melalui Chrome Web Store secara percuma mulai hari ini.

Angry Birds untuk Chrome ini menyokong Canvas dan juga WebGL, membolehkan sesiapa sahaja memainkannya. Dan menariknya lagi adalah dimana permainan tersebut juga turut sama menyokong untuk dimainkan diluar talian. Jadi anda masih boleh memainkan permainan Angry Birds melalui pelayar web Chrome ini dengan mudah walaupun tanpa talian internet.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh melayari Chrome WebStore melalui pelayar web Chrome anda, dan memuat-turun Angry Birds untuk Chrome secara percuma melaluinya, dan mula memainkannya hari ini.

TIPS & ULASAN

<script>