Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini Facebook hanya membolehkan anda tag rakan-rakan anda sahaja pada gambar-gambar dan imej di Facebook Photos, kini nampaknya fungsi tersebut dibawa setahap kehadapan lagi, dimana kini Facebook turut sama membolehkan para pengguna untuk tag Pages pada gambar-gambar mereka.

Bertambah menarik lagi, sesiapa sahaja boleh tag Page dengan mudah, dan tidak semestinya pengguna tersebut perlu Like Page tersebut sebelumnya. Gambar-gambar yang ditag juga akan disimpan pada bahagian Photos pada halaman Facebook Page terbabit, dan tidak akan diperlihatkan pada bahagian Wall seperti pada profail pengguna.

Buat masa ini, hanya Pages pada kategori produk dan jenama sahaja yang disokong, dan ianya akan diperkenalkan kepada kategori-kategori lain dari semasa ke semasa. Kaedah tag juga adalah sama seperti biasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd