Cari @ Amanz

Setelah melancarkan Android Market versi web pada awal tahun ini, kini Google terus memperkenalkan beberapa perkara baru padanya hari ini, termasuk carta aplikasi popular serba baru, memperlihatkan aplikasi pilihan Editor, memperlihatkan aplikasi daripada para pembangun yang menjadi pilihan, memperlihatkan aplikasi-aplikasi berkaitan yang lebih relevan serta memperlihatkan aplikasi yang sedang meningkat naik muat-turunnya.

Walaupun carta aplikasi popular sudah terdapat sejak dulu, melalui kemaskini terbaru ini, ianya lebih kemas, serta mengikut lokasi pengguna, dan memperlihatkan aplikasi terkini dan lebih relevan. Ianya mungkin hanya kemaskini yang minimum sahaja buat masa ini, namun ianya masih memperlihatkan komitmen Google dalam terus membawakan pelbagai perkara baru untuk penggunanya.

Sebelum ini, Amazon turut sama telah melancarkan Android AppStore yang mana secara tidak langsung bersaing dengan Android Market daripada Google, dengan pelbagai nilai tambah yang menarik. Mungkin ianya merupakan salah satu sebab mengapa kini Google turut sama memperlihatkan aplikasi pilihan editor, serta aplikasi daripada para pembangun yang popular.

Selain daripada itu, Google turut mengumumkan yang mana Malaysia dan negara-negara lain akan mendapat sokongan untuk membeli aplikasi terus melalui Android Market bermula daripada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd