Kini, Nuffnang seperti menyatukan Nuffnang dan ChurpChurp dalam memperkenalkan Nuffnang Grapevine, dimana menjadikan sesuatu pengiklanan itu lebih sosial dengan membolehkan para pengguna berkongsi sesuatu iklan itu terus bersama rakan mereka dengan mudah.
Buat masa ini, Nuffnang Grapevine ini hanya disokong untuk para pengguna yang memaparkan unit Skyscraper sahaja pada blog mereka, dimana ianya membolehkan anda kongsikan sesuatu iklan itu terus pada Twitter dan Facebook serta mendapat pendapatan tambahan dengan lebih mudah.
Ianya juga pada masa yang sama membolehkan para pengunjung laman anda yang tidak berdaftar dengan Nuffnang untuk berkongsinya bersama rakan-rakan mereka dan mendapat ganjaran untuknya. Namun begitu, sudah tentunya pihak Nuffnang perlu memperkenalkan sesuatu terma dan syarat yang baru untuk mengelakkan spam berlaku pada laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook.