Walaupun Twitter telah menyediakan pelbagai aplikasi untuk pengguna telefon pintar, mereka terus membawakan pelbagai perkara baru padanya, dimana kini mereka memperkenalkan halaman Twitter.com yang mesra peranti mudah-alih, tanpa menggunakan sebarang aplikasi.
Seperti biasa, para pengguna boleh menggunakan pelayar web terbina pada telefon pintar mereka untuk melayari Twitter.com, dan mereka akan dapat melihat rekabentuk baru pada skrin mereka. Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat pengenalan, dan mungkin ramai lagi yang belum dapat mengaksesnya buat masa ini.
Ianya diperkatakan akan membawakan ciri-ciri seragam untuk semua pengguna telefon pintar dan tablet, serta membawakan pelbagai fungsi yang terdapat pada aplikasi Twitter terus kepada pelayar web mudah-alih dengan mudah.
Kami masih lagi melihat rekabentuk halaman mudah-alih yang lama, sekaligus tidak dapat menguji halaman mudah-alih baru yang dioptimasikan untuk telefon pintar ini.